Wednesday, February 8

Nanti.

Aku tahu kau tak fahami apa mahuku, apa pintaku, apa yang aku perlu. Bukan hanya kau saja tertanya-tanya sedangkan aku sendiri masih tak pasti adakah ini yang aku mahukan dari kamu. Aku sayang kamu tetapi aku tak sanggup menunggu. Menunggu kau memahami aku. Telah aku lakukan semua untuk kamu. Kadang aku tak pasti apakah benar kata-kata yang kau luahkan. Aku takut. Takut dikecewa bila percaya sudah terbina. Aku tak sanggup lagi derita. Aku jauhi semua sebelum aku sakit semula. Meninggalkan kamu sangat berat bagiku tetapi aku tak mahu kau terbeban dengan segala kehendakku. Aku ingin kau fahami maksudku ini. Aku ingin kau tahu semua ini namun sukar aku luahkannya. Cuma ini usaha terakhirku. Jika benar kau mahukan aku,kau harus tahu semua tentang aku, tentang ini juga. Kerana jauh di lubuk hati aku yang paling dalam, aku mengharap kau berbuat sesuatu agar kita kembali.