Kamu yang begelar makhluk Tuhan.. Kau tak sedarkah dunia ini fana? Segala yang termiliki semasa hayat kau hanya sementara, pinjaman dari Maha Esa? Benar harta kau kurniaan dariNya dan rahmat yang dilimpahi atas berkat dariNya. Tapi kau alpa, kau lupa, kau megah, kau bongkak, kau tak endah atau kau benar-benar telah bertukar jahil kerana dikelabui permata berlian dunia. Wang ringgit bertaburan kau bazirkan, kata kau wang tidak boleh menjamin syurga. Tapi dengan wang ciptaan itu juga kau boleh mencari bekalan buat menjamin tempat kau di sana. Sementara kau masih bernyawa.
Aku bermohon padaMu Tuhan berikan hidayah dan petunjukMu. Ampunilah dosa-dosanya kerana cuba mengubah ciptaan teragungMu. Kau lindungilah dia dari binasa, Kau jauhkan dia dari sengsara. Engkau Yang Maha Pengampun.
p/s: aku tak kejar kekayaan tetapi aku bangga dengan apa yang Dia kurniakan sebab apa yang aku miliki juga adalah rahmat dariNya. aku bangga punya Pencipta Agung yang Maha Kaya yang Maha Adil. kebanggaan yang aku ada ini adalah milik mutlakNya. Segala yang aku ada ini juga adalah milikNya. Jasad tubuh dan nyawa ini akan kembali padaNya. aku adalah hamba daif di sisiNya.
Monday, April 16
Monday, April 9
Kalaulah ada jodoh lagi..
Apalah yang aku buat tadi.. lepas peluang macam tu je.. bukan sombong, bukan sebab jual mahal. gal to indian tp fasih gile ckp melayu. Dia belajar kat sekolah kebangsaan kot dulu. Suka2 wat assumption.. ak pon x expect dia to india tp bile dia perkenalkan diri nama Seena plax. Nk kata dia to hitam xdelah sgt tp x nmpk 'nandek' pon kt dahi. Mesti ke orang india pakai mende to? Ntah.. ak pon xtaw. Maybe dia kristian kot. Hish~ td xde plax nk tnye bile ade pluang skrg ni bru thegeh2 nk taw.. Haha! Ak da lmbt sbnar nye td sbb to trus chow.. Dgr dia mbebel x sdar ms bjalan. Da laa nga gntok prut da knyang org blnje kan.. Pulun la slagi boleh.. *buruk prangai. Rezeki jgn d tolak, plus ak pon nga nk jimat duit nk smbut birthday adek next week. Yayy !! Shari law bley jimat RM10, 10 hari da bley dpt RM100.. Banyak to... hahaha! Pakcik kayo. Pakcik kayo. Duit senang cari senang nk simpan senang jgk nk abes kn.. So, bringat2 laa yee~ Psanan dr penaja. Haha~ ape ko merepek ni Jang.....
By d way, ak msih tpkir kalau lah ak dpertemukan blik gn gal to... Ape ak nk wat??Ape plax reaksi yg ak bg ms to?? Hmmm..
By d way, ak msih tpkir kalau lah ak dpertemukan blik gn gal to... Ape ak nk wat??Ape plax reaksi yg ak bg ms to?? Hmmm..
Tuesday, April 3
adakah ini benci?
Jahatnya aku. Ya, memang tak dinafikan. Tetapi perlukah aku berbaik pada mereka yang tak tahu menghargai jasa. Perlukah aku berbudi jika orang melempar arang ke muka. Aku bukan wali, aku bukan alimi kerana aku juga manusia. Aku punya hati yang lemah. Aku punya hati yang hitam. Aku punya hati yang busuk. Aku punya hati yang tidak baik. Jika aku manusia jadi kau juga sama. Tak kurang lebihnya hati kita semua. Mungkin hanya rasa yang berbeza.
Saya tahu awak kenal siapa diri saya. Saya tak mudah mengikut kehendak sesiapa kecuali kehendak hati sendiri. Setiap apa yang saya lakukan berpunca daripada diri sendiri. Itu adalah pillihan saya. Itu adalah hak saya. Bukan soal kalah atau menang. Ini soal kesedaran tentang diri masing-masing. Ketika awak melafazkan kata maaf, ketika itu awak tak ikhlas. Awak mengucapkannya tanpa rasa tulus dan rendah diri kerana awak tak pernah sedar silap sendiri. Awak cuma mahu semuanya berhenti dan putus asa menegakkan benang yang basah. Saya yang lebih dulu kenali awak dan saya sangat pasti awak banyak berubah. Saya gembira dengan perubahan positif cuma satu yang masih menjadikan awak tetap awak yang dulu. Sering meletakkan kesalahan pada orang lain tetapi tak mahu menilai kesalahan sendiri. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna tetapi diciptakan bersama akal. Sayangnya, awak tak gunakan anugerah itu dengan sebaiknya. Renungkan kembali hubungan awak yang gagal sebelum ini, renungkan kembali mengapa awak sering kecewa. Renungkan kembali mengapa semua ini terjadi. Jangan pernah sesali tiap apa yang kita pernah lalui.
Jika benci sudah menguasai hati, biarlah sampai suatu hari nanti ia reda sendiri. Saya tak pernah membenci awak, takkan cuba membenci awak. Perasaan ini takkan berubah untuk awak. Bukan saya yang tegugat dengan kehadiran dia tetapi dia yang tak boleh terima awak pernah ada perasaan pada orang jahat macam saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)