Mungkin ini kesudahannya.. Saya terlalu berharap pada awak lebih dari kemampuan awak. Saya harus tamatkan semua ini kerana saya juga tak mahu awak dibebani dengan kehendak saya yang sangat mustahil awak tunaikan. Saya tahu awak penat dan letih dengan semua ini, jadi saya beri peluang untuk awak hidup bebas semula. Awak tak perlu lagi membuang masa awak memikirkan tentang saya. Awak tak perlu lagi berusaha memuaskan kehendak saya. Semua ini sudah sampai penamatnya dan awak kini bebas semula.Cuma yang tinggal hanyalah usaha untuk melupakan saya. Sebagaimana awak melupakan orang lain, begitu juga awak akan lakukan untuk lupakan semua tentang saya. Selagi awak masih mengingati saya, selagi itu awak akan merana dan derita. Jadi, saya juga akan hentikan mengharap awak akan datang kembali ke pangkuan saya walau realitinya saya sangat mengharap awak akan melakukan sesuatu supaya kita kembali bersama tetapi nyatanya awak sudah putus asa mendapatkan saya semula.
Teruskan langkah baru awak tak kira jika awak perlu mulakan semula langkah itu.