Friday, June 17
trust me.. i'm lying!
"Saya akan selalu ada untuk awak tak kira sampai bila-bila pun,hati saya selalu milik awak." masa itu saya tipu awak.
"Satu hari nanti mungkin kita perlu berhenti dari berhubung, tapi tak bermakna saya akan terus menjauh.Mungkin masa itu kita tak dapat berhubung sekerap yang kita sedang lakukan sekarang tapi saya janji saya akan bersama awak bila masa saja awak perlukan saya." masa itu saya tipu awak.
"Kerana saya sanggup mencintai awak walau dari jauh tanpa mengharap awak menjadi milik saya dan tanpa meminta awak mencintai saya tapi sampai bila-bila pun saya akan terus simpan cinta ini untuk awak."masa itu saya tipu awak.
"I never say I'm happy when I am sad. I never say that I'm fine when I am not. I never say that I'm good when I feel bad. I never say that I'm alone when you're still alive."masa itu saya tipu awak.
"Dan dari saat saya luahkan perasaan,dari setiap saat itulah saya cintakan awak.Andai awak tiada maka tiada lagilah kata-kata pujangga yang akan terlahir dari bibir saya.Kerana semuanya hanya untuk awak saja."masa itu saya tipu awak.
"Walau tiada pengertian yang pasti dalam hubungan ini,kita masih memerlukan antara satu sama lain"masa itu saya tipu awak.
Percayalah..saya tipu awak.
Saya takkan selalu ada untuk awak.Saya sangat jauh dari awak.Saya di barat dan awak di timur.Saya ada tanggungjawab terhadap keluarga dan awak masih di bawah tanggungjawab ibubapa awak.Bagaimana mungkin saya boleh ada bila-bila masa untuk awak?
Bila kita sudah jarang berhubung,sudah tentulah ingatan saya pada awak semakin pudar dan begitu juga awak.Akan ada lagikah sesuatu hubungan itu bila semakin kurang komunikasi antara kita?
Ya.saya sanggup mencintai awak bila awak sanggup beri ruang dan masa untuk saling berhubung.Jujur saya jelaskan tak mungkin saya akan terus cintai awak jika tak terdetik pun rasa mengharap awak akan membalas cinta saya.Saya berfikiran realistik.
Saya tak pernah luahkan kesedihan saya bila awak disakiti,saya tak pernah tunjukkan marah saya bila awak dikhianati dan saya tak pernah mengaku saya sunyi walaupun awak mendiamkan diri.
Bila awak tiada lagi bersama saya, kata-kata cinta ini akan terus saya ungkapkan dimana sahaja,bila-bila masa sahaja kerana saya tak mampu memendam segala rasa yang terbuku dalam hati.
Jauh di pedalaman hati saya,saya sangat menginginkan kita mempunyai satu hubungan yang kukuh kerana saya tahu saya mampu lakukan yang terbaik untuk awak.Bila saya kata saya bahagia walau awak bersama orang lain,masa itu saya adalah seorang PENIPU besar..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


mulut cakap cinta tapi hati kata..
ReplyDeletepnh er bcinta cik kitty. . .?? ahahaha~
ReplyDelete