Selama ini aku sering tertanya2 mungkinkah aku jatuh cinta lagi mungkinkah aku menyayangi seseorang seperti dulu..Aku cuba bukakan pintu hati, buka peluang kepada diri aku sendiri mencuba lagi untuk bercinta. Namun, aku masih tak sedari apakah sebenarnya perasaan dalam hati ini.
Setelah lama berfikir, sepanjang malam mencari jawapan akhirnya aku temui satu persoalan yang akan meperlihatkan sebuah realiti. Seseorang pernah bertanya, apa yang aku akan lakukan sekiranya ketika aku berjalan seorang diri aku bertemu semula dengan orang yang aku pernah cintakan dan masih merasakan yang sama walaupun sudah bertahun berpisah dan sekiranya waktu itu 'si dia' nampak gembira bersama teman baru. Adakah aku masih mengharap aku akan dipertemukan semula dengan nya.
Persoalan itu berakhir dengan perasaan dalam hati.
No comments:
Post a Comment