Monday, March 26

Haruskah?

Awak, saya sedar salah saya selama ini. Saya cuma tak tahu macam mana nak ubah haluan dan langkah kaki ini. Saya tak sesat tetapi tak ada jalan lain yang boleh saya lalui selain berjalan seiring di sisi awak. Saya tahu awak tak perlukan saya lagi. Saya tahu saya hanyalah sepah yang sudah habis manisnya. Saya tahu saya patut melepaskan awak pergi tapi salahkah saya lakukan semua ini? Salahkah saya jika masih memimpin tangan awak? Salahkah saya kerana masih ada di sini? Saya dikeji kerana terlalu pentingkan diri. Saya dihina kerana mengikut kata hati. 

Saya hilang arah. Saya hilang akal. Saya hilang tempat tujuan.

Hati ini turut hilang tetapi hati ini tetap takkan mungkin berubah.


No comments:

Post a Comment