Tuesday, April 3

adakah ini benci?

Jahatnya aku. Ya, memang tak dinafikan. Tetapi perlukah aku berbaik pada mereka yang tak tahu menghargai jasa. Perlukah aku berbudi jika orang melempar arang ke muka. Aku bukan wali, aku bukan alimi kerana aku juga manusia. Aku punya hati yang lemah. Aku punya hati yang hitam. Aku punya hati yang busuk. Aku punya hati yang tidak baik. Jika aku manusia jadi kau juga sama. Tak kurang lebihnya hati kita semua. Mungkin hanya rasa yang berbeza.

Saya tahu awak kenal siapa diri saya. Saya tak mudah mengikut kehendak sesiapa kecuali kehendak hati sendiri. Setiap apa yang saya lakukan berpunca daripada diri sendiri. Itu adalah pillihan saya. Itu adalah hak saya. Bukan soal kalah atau menang. Ini soal kesedaran tentang diri masing-masing. Ketika awak melafazkan kata maaf, ketika itu awak tak ikhlas. Awak mengucapkannya tanpa rasa tulus dan rendah diri kerana awak tak pernah sedar silap sendiri. Awak cuma mahu semuanya berhenti dan putus asa menegakkan benang yang basah. Saya yang lebih dulu kenali awak dan saya sangat pasti awak banyak berubah. Saya gembira dengan perubahan positif cuma satu yang masih menjadikan awak tetap awak yang dulu. Sering meletakkan kesalahan pada orang lain tetapi tak mahu menilai kesalahan sendiri. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna tetapi diciptakan bersama akal. Sayangnya, awak tak gunakan anugerah itu dengan sebaiknya. Renungkan kembali hubungan awak yang gagal sebelum ini, renungkan kembali mengapa awak sering kecewa. Renungkan kembali mengapa semua ini terjadi. Jangan pernah sesali tiap apa yang kita pernah lalui.

Jika benci sudah menguasai hati, biarlah sampai suatu hari nanti ia reda sendiri. Saya tak pernah membenci awak, takkan cuba membenci awak. Perasaan ini takkan berubah untuk awak. Bukan saya yang tegugat dengan kehadiran dia tetapi dia yang tak boleh terima awak pernah ada perasaan pada orang jahat macam saya.

No comments:

Post a Comment